Fakta Tentang Susu Kambing
Kajian yg dijalankan oleh pasukan kajian dibawah Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi ,University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan jika dibandingkan dengan susu lembu.Antaranya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia(kekurangan zat besi),tulang rapuh dan mencergaskan minda anak-anak.
Sunday, 24 July 2016
10 Makanan Paling Menggemukkan
SALAM BIOFRESH
Kami ingin kongsikan '10 Makanan di Malaysia Yang Menggemukkan'. Kesemua makanan ini antara makanan yang begitu popular, namun ianya perlu dikurangkan bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal serta menjaga tahap kesihatan kita.
Ini kerana kebanyakkan makanan ini mempunyai kandungan minyak dan gula yang tinggi, dan jika tidak dikawal boleh mengganggu sistem badan kita dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, batu karang, batu dalam hempedu dan banyak lagi.
Ia lebih serius lagi, jika kita kurang aktif atau kurang membuat aktiviti riadah seperti bersenam, joging, berbasikal dan sebagainya.
Mulakan hari ini, dengan melakukan perubahan, iaitu dengan membanyakkan pengambilan masakan yang lebih sihat, seperti:
- banyakkan minum air suam.
- banyakkan makanan sayur-sayuran.
- banyakkan makan buah-buahan.
- elakkan sama sekali minuman bergas.
- amalkan makanan sunnah, seperti kurma, kismis, buah tin, susu kambing, daging kambing, madu lebah.
- banyakkan minum air lemon suam.
- banyakkan makan ikan berbanding daging ayam.
- kurangkan makanan segera.
Mari kita sama-sama mengamalkan cara hidup lebih sihat untuk kesejahteraan diri kita serta keluarga.
#infokesihatanbiofresh
#biofreshwellness
#biofreshwellnesssdnbhd
#biofreshgoatsmilk
#customercarebiofresh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment